‘Dipatuk ular dalam lubang sama’ - UMNO Sipitang dakwa dipinggir
UMNO Bahagian Sipitang menyifatkan mereka seolah dipinggir dalam penentuan kerusi pilihan raya, selepas diketepikan dua kali berturut-turut iaitu pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.
Ketua UMNO Sipitang, Abd Rahman Mohd Noh berkata, kekecewaan itu menjadi punca kemarahan akar umbi yang meluahkan, suara mereka tidak dihormati oleh kepimpinan negeri dan pusat.