Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Dewan Rakyat | Kerajaan komited laksanakan dasar Borneanisasi

Dewan Rakyat | Kerajaan komited laksanakan dasar Borneanisasi

Kerajaan terus komited untuk melaksanakan dasar Borneanisasi, seperti mana yang termaktub dalam Perkara 20 untuk Sabah, dan Perkara 18 untuk Sarawak, di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, setelah Majlis Khas MA63 ditubuhkan, cadangan berhubung pelaksanaan Borneonisasi pertama sekali telah dibentangkan dalam Jawatankuasa Kerja di bawah Majlis, iaitu Jawatankuasa Sosio Ekonomi (JKSE) pada 18 Februari 2022.