Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Dana RM200 juta disalur segera kepada sekolah agama rakyat

Dana RM200 juta disalur segera kepada sekolah agama rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan sebanyak RM200 juta telah diperuntukkan sebagai dana segera bagi membantu sekolah agama rakyat yang dikenal pasti berada dalam keadaan daif berbanding sekolah-sekolah lain.

Walaupun tidak termasuk dalam skim sekolah mengikut dasar kebangsaan, sekolah agama rakyat menampung lebih 300,000 murid di seluruh negara. Sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta untuk mengadakan rundingan dengan pihak sekolah terlibat bagi menambah baik mutu pembelajaran serta meningkatkan tahap latihan dan profesionalisme guru-guru.

#AWANInews