Skip to main content

Advertisement

COVID-19 | Lima kes subvarian Omicron BA.5 dikesan di Malaysia

COVID-19 | Lima kes subvarian Omicron BA.5 dikesan di Malaysia

Kes COVID-19 menunjukkan peningkatan sebanyak 31 peratus bagi tempoh lima hari bermula 3 hingga 7 Julai.

Kes jangkitan baharu COVID-19 melonjak kepada 4,020 kes pada khamis berbanding 3,561 pada hari sebelumnya.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, sebanyak 13 kes varian Omicron sub-lineage dikesan setakat 30 Jun lalu, termasuk lima kes varian Omicron BA.5 yang dipercayai menyebabkan peningkatan kes jangkitan dalam negara.