Selepas hampir setahun beroperasi, pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 (PKRC) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh secara rasminya ditutup hari ini.
Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ia selepas pesakit terakhir dibenarkan pulang semalam, selain faktor angka kes COVID-19 di negeri itu yang semakin pulih dengan hanya merekodkan bacaan dua angka pesakit setiap hari.