Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

COP27 | Jerman tegur rekod hak asasi Mesir

COP27 | Jerman tegur rekod hak asasi Mesir

Berlin menuduh Mesir tidak memenuhi tanggungjawab hak asasinya ketika negara itu menjadi tuan rumah pemimpin dunia untuk Sidang Kemuncak Perubahan Iklim (COP27).

Pesuruhjaya Hak Asasi Jerman Luise Amtsberg, mendesak Kaherah selaku tuan rumah membebaskan pengkritiknya Alaa Abdel Fattah yang kini melakukan mogok lapar dalam penjara bersama peguamnya Mohamed Al-Baqer.