Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak cacar monyet atau monkeypox sebagai kecemasan kesihatan global.
Klasifikasi yang menjadi amaran tahap tertinggi itu dibuat selepas berlakunya peningkatan kes tersebut di seluruh dunia.
Ia juga merupakan keputusan hasil mesyuarat kedua jawatankuasa kecemasan WHO mengenai virus itu yang diadakan bagi mengkaji keadaan yang dilihat semakin serius.
Untuk mengulas lanjut mengenai langkah segera yang perlu diambil bagi mengekang penularan wabak itu di Malaysia.
Bersama Astro AWANI secara Google Meet, Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Shamsul Bahari Shamsudin.