Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Bunuh | Enam termasuk pegawai dan anggota polis didakwa

Bunuh | Enam termasuk pegawai dan anggota polis didakwa

Enam individu termasuk pegawai dan anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret, Tawau pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pemandu e-hailing.
Tertuduh Rosdi Rastam, 44, Dennis Anak Enit, 44, Fabian Anak Rungam, 43, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 39, dan seorang orang awam Vivien Fabian, 34, didakwa membunuh Nurman Bakaratu, 61, di ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5, dalam daerah Tawau.