Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Buka Sempadan | Peluang kembali raih gaji lebih baik

Buka Sempadan | Peluang kembali raih gaji lebih baik

Pembukaan sempadan Malaysia-Singapura pada 1 April ini memberi peluang kepada rakyat di negara ini untuk mendapatkan pekerjaan dengan tawaran gaji yang lebih besar di republik itu.

Felo Pelawat Kajian Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS) - Institut Yusof Ishak, Dr Serina Rahman berpandangan sepanjang tempoh pandemik, kebanyakan individu berdepan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan, selain ada yang bekerja sementara kerana menunggu untuk kembali bekerja di Singapura.