Bimbang musibah berulang, harap sistem perparitan dibaiki
Tidak mustahil banjir akan berlaku sekali lagi di Kampung Sarapung, Penampang sekiranya sistem perparitan yang masih tersumbat disebabkan bencana baru-baru ini, tidak dibaiki dalam keadaan segera.
Keluhan itu disuarakan penduduk setempat yang bimbang apabila aliran air melimpah di kawasan rumah mereka yang berada di kawasan rendah.
Butiran lanjut kita bersama wartawan Astro AWANI, Khalis Khadir yang berada di sana.