Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Bekas guru kekal dipenjara sembilan tahun, dua sebatan

Bekas guru kekal dipenjara sembilan tahun, dua sebatan

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara sembilan tahun dan dua sebatan terhadap bekas guru Bahasa Arab di sebuah sekolah rendah di Subang Bestari, Shah Alam.

Perayu, Mohd Shahril Shaffie, 38 tahun, didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berumur 10 tahun dengan memegang kemaluan mangsa.