Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Bantuan B40 | KPKT sedia RM35 juta baik pulih dan bina rumah baharu

Bantuan B40 | KPKT sedia RM35 juta baik pulih dan bina rumah baharu

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, KPKT, memperuntukkan lebih RM35 juta bagi program baik pulih dan program bina baharu rumah di kawasan bandar.

Timbalan Ketua Setiausaha Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti KPKT, Datuk Azhar Ahmad berkata menerusi peruntukan itu disasarkan lebih 2,000 rumah akan dibaik pulih dan 32 rumah akan dibina baru di seluruh negara sepanjang tahun ini.