Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Bajet 2023 | Peruntukan masih dalam kemampuan kerajaan

Bajet 2023 | Peruntukan masih dalam kemampuan kerajaan

Pengumuman Bajet 2023 yang dilihat terbesar dalam sejarah hingga mencecah RM372.3 bilion tidak akan menjejaskan kadar keberhutangan negara yang masih lagi berada pada paras siling yang ditetapkan iaitu 65 peratus.

Menurut Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin , segala insentif dan peruntukkan yang terkandung dalam Bajet 2023 masih dalam radar kemampuan kerajaan ketika ini.