Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Arab Saudi lancar platform berkuasa AI untuk ajar surah Al-Fatihah kepada jemaah sedunia

Arab Saudi lancar platform berkuasa AI untuk ajar surah Al-Fatihah kepada jemaah sedunia

Platform digital inovatif untuk mengajar Surah Al-Fatihah dilancarkan Presidensi Hal Ehwal Agama Arab Saudi di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi termasuk hukum tajwid serta membetulkan bacaan.

Platform ini direka khas untuk jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia sebagai sebahagian daripada strategi transformasi digital untuk meningkatkan pengalaman pengunjung ke dua masjid suci tersebut.