Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Aplikasi MYJalan terima semua aduan tanpa mengira bidangkuasa seliaan - Menteri

Aplikasi MYJalan terima semua aduan tanpa mengira bidangkuasa seliaan - Menteri

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata aplikasi MYJalan yang diperkenalkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) tidak akan menolak sebarang aduan berkaitan kerosakan jalan raya di seluruh negara, termasuk jalan raya dibawah seliaan kerajaan negeri dan sebagainya. Jelasnya, ini merupakan sebahagian tekad kerajaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna dengan melaksanakan 'no wrong door policy'.