Angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencerminkan aktiviti ekonomi di sesebuah negara. Dengan peningkatan KDNK, ia menunjukkan bahawa terdapat pertumbuhan dalam ekonomi di mana lebih banyak barangan dan perkhidmatan dihasilkan dan lebih banyak pekerjaan diwujudkan. Walau bagaimanapun, KDNK tidak memberikan gambaran lengkap tentang kualiti hidup rakyat dan cabaran kos sara hidup. Apakah aspek yang perlu dititikberatkan dalam mengukur kesejahteraan hidup rakyat?