Skip to main content

Advertisement

Anak Melayu Selatan Thailand dikhuatiri ketinggalan dalam bidang STEM

Anak Melayu Selatan Thailand dikhuatiri ketinggalan dalam bidang STEM

Subjek Sains dan Matematik dalam kalangan pelajar Melayu di Selatan Thailand, masih rendah dan dikhuatiri boleh menyebabkan komuniti berkenaan terus ketinggalan.

Penasihat kepada Menteri Pendidikan Tinggi Thailand, dalam bidang Sains, Penyelidikan dan Inovasi, Dr Zoraida Zainal Abidin pada masa sama mengakui, masalah penguasaan bahasa Thai menjadi sebab kurangnya sambutan pelajar-pelajar tempatan untuk mengikuti subjek matematik dan sains.