Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Aktiviti Pencatutan | Lapor pemborong, pembekal ayam jual mahal

Aktiviti Pencatutan | Lapor pemborong, pembekal ayam jual mahal

Para peniaga diminta tampil membuat laporan dan menyalurkan maklumat kepada pihak penguatkuasa sekiranya pemborong dan pembekal menjual ayam melebihi harga siling ditetapkan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP, Terengganu Saharuddin Mohd Kia berkata menerusi laporan itu tindakan sewajarnya boleh dikenakan kepada mereka yang cuba meraih keuntungan berlebihan.