Aksi Bahaya | Tiada maklumat tepat di mana kejadian berlaku - Fatimah
Ibu bapa, penjaga mahupun pengenendali taska diminta jangan ambil mudah aspek keselamatan anak di bawah jagaan.
Nasihat itu dikeluarkan Menteri Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah.
Ia susulan tularnya foto yang menunjukkan aksi bahaya dua kanak kanak keluar dari jeriji yang rosak dan meniti laluan di luar tingkap di sebuah pangsapuri.