Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

AKPS siasat sindiket ‘phantom travel’ di KLIA

AKPS siasat sindiket ‘phantom travel’ di KLIA

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sedang menyiasat dakwaan kewujudan sindiket ‘phantom travel’ di KLIA yang dipercayai melibatkan penjawat awam dan pegawai penguat kuasa. Menurut kenyataan AKPS, sindiket itu didakwa tidak merekod pergerakan keluar masuk pelawat serta mengenakan bayaran untuk mengelak rekod imigresen. AKPS menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang mencemar integriti dan sedang bekerjasama dengan agensi lain bagi memperketatkan kawalan, termasuk penggunaan sistem automatik dan teknologi AI.