Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Akmal Saleh, Hilman akan didakwa gugat ketenteraman awam

Akmal Saleh, Hilman akan didakwa gugat ketenteraman awam

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh bersama tiga individu lain akan didakwa atas kenyataan di media sosial yang didapati menggugat ketenteraman awam.

Jabatan Peguam Negara (AGC) menerusi kenyataan pada Selasa mengesahkan, Akmal bersama ADUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham serta Siti Hajar Aflah Sharuddin akan berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.