Skip to main content

Advertisement

Akaun disita, Ahmad Zahid cari sumber kewangan lain - Saksi

Akaun disita, Ahmad Zahid cari sumber kewangan lain - Saksi

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencari sumber kewangan lain bagi meneruskan pembinaan Masjid Tuminah Hamidi di Bagan Datuk, Perak selepas akaun Yayasan Akalbudi (YAB) disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Pengurus projek pembinaan masjid berkenaan, Ramli Ngah, 56, berkata beliau mengetahui perkara itu kerana ia dibincangkan di tapak projek masjid berkenaan yang membabitkan kos pembinaan RM43.7 juta.