Skip to main content

Advertisement

Air Pasang Besar | Penduduk keluar ke tempat selamat

Air Pasang Besar | Penduduk keluar ke tempat selamat

Susulan insiden lebih 100 rumah roboh disebabkan fenomena air pasang di Sandakan, Sabah pada Sabtu.

Rata-rata penduduk yang tinggal di perkampungan di pesisir pantai di Sandakan, iaitu berhampiran kawasan kejadian, menerima baik nasihat pasukan keselamatan supaya mereka mengambil tindakan awal dengan berpindah ke tempat selamat.

Ini termasuk penduduk Kampung Forest, yang terjejas teruk akibat kejadian dibadai ombak ketika fenomena air laut pasang besar, dua hari lepas.