Keluarga Malaysia diseru untuk berpegang kepada konsep Tasamuh, iaitu ajaran Islam yang menekankan nilai toleransi dan kebersamaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, konsep Tasamuh selaras dengan konsep Keluarga Malaysia yang mampu menjadikan masyarakat malaysia menghargai dan memahami nilai perbezaan.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perutusan khas sempena Hari Raya Aidilfitri yang disiarkan malam tadi.
Tambahnya, COVID-19 merupakan dugaan yang menginsafkan tetapi di sebalik cabaran itu, Keluarga Malaysia membuktikan kekuatan dan keutuhan dalam mendepani cabaran, dan solidariti ini menjadi teras untuk kerajaan memberikan fokus kepada usaha memacu pemulihan negara.