Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

623 PATI dari Filipina dihantar pulang

623 PATI dari Filipina dihantar pulang

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah telah melaksanakan program pemindahan tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina ke negara asal melalui Pelabuhan Sandakan, Sabah ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina hari ini.

Seramai 623 orang PATI yang terdiri daripada golongan dewasa dan kanak-kanak berumur antara 11 bulan hingga 79 tahun telah dipindahkan dari Depot Imigresen Papar dan Depot Imigresen Sandakan.