Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

1MDB | Najib beritahu pelaburan 1MDB sulit

1MDB | Najib beritahu pelaburan 1MDB sulit

Mahkamah Tinggi pada khamis diberitahu, Datuk Seri Najib Razak memaklumkan kepada firma audit Tetuan KPMG bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak boleh mendedahkan butiran terperinci mengenai pelaburan syarikat itu di Brazen Sky Limited kerana ia sulit.

Rakan Kongsi Urusan KPMG, Datuk Johan Idris, berkata dalam satu pertemuan di rumah Najib di Jalan Taman Duta pada jam 9.30 malam, 15 Disember 2013, bekas perdana menteri itu turut mempersoalkan mengapa KPMG masih menimbulkan syak terhadap 'underlying assets' (aset asas) pelaburan berkenaan.