Skip to main content

Advertisement

174 maut, usaha pemulihan diteruskan

174 maut, usaha pemulihan diteruskan

Banjir besar yang melanda utara Sumatera meragut sekurang-kurangnya 174 nyawa, dengan puluhan lagi masih hilang dan ribuan penduduk dipindahkan. Penduduk mula membersihkan lumpur tebal yang memenuhi rumah dan premis selepas air surut. Komunikasi dan bekalan elektrik masih terputus di beberapa kawasan, dengan pasukan penyelamat terus digerakkan melalui udara. Secara keseluruhan, angka korban banjir di Asia Tenggara meningkat kepada 321 orang selepas seminggu hujan lebat dipacu sistem siklon dan ribut tropika di Selat Melaka.