Thailand mengumumkan pengurangan harga diesel sebanyak 2.14 baht seliter bermula Khamis, susulan semakan formula harga penapisan oleh Kementerian Tenaga bagi meringankan beban rakyat menjelang Pesta Songkran. Langkah ini bertujuan menstabilkan Dana Bahan Api Minyak yang masih mencatat defisit lebih 57 bilion baht, di tengah ketidaktentuan pasaran tenaga global.