Skip to main content
Advertisement
Subsidi ditarik: Korban ekonomi demi negara

Subsidi ditarik: Korban ekonomi demi negara

Sempena sambutan AidilAdha, kita sering bercakap tentang erti pengorbanan. Bukan sekadar dari sudut ibadah, tetapi juga nilai kemanusiaan, keadilan dan tanggungjawab sosial. Dalam masa sama, Malaysia kini melalui fasa reformasi ekonomi yang menyaksikan subsidi dirasionalisasikan dan bantuan disasarkan semula. Ada yang melihatnya sebagai langkah perlu demi kedudukan fiskal negara, namun tidak kurang juga yang mempersoalkan sejauh mana beban pengorbanan ini dikongsi secara adil.
Advertisement