Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

SARA 'one-off' 2025: 96% penerima berbelanja, transaksi lebih RM2.05 bilion

SARA 'one-off' 2025: 96% penerima berbelanja, transaksi lebih RM2.05 bilion

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu Parlimen berdasarkan data 2025, hampir 5.6 juta penerima SARA bulanan di bawah STR telah menggunakan MyKad untuk membeli barangan asas di premis berdaftar, yang mencerminkan kadar penggunaan sebanyak 99%, dengan nilai transaksi perbelanjaan di pasaran tempatan mencecah RM4.8 bilion daripada peruntukan RM5 bilion.

Bagi penghargaan SARA one-off, lebih 21 juta rakyat Malaysia telah membuat pembelanjaan, iaitu 96% daripada keseluruhan jumlah penerima dengan jumlah transaksi di pasaran tempatan melebihi RM2.05 bilion.