Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Kuala Lumpur capai puncak penduduk 2031, perlu 783,000 rumah baharu menjelang 2040 - Zaliha

Kuala Lumpur capai puncak penduduk 2031, perlu 783,000 rumah baharu menjelang 2040 - Zaliha

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Zaliha Mustafa memberitahu Parlimen, menjelang 2031, Kuala Lumpur dijangka capai kemuncak penduduk dan memasuki fasa masyarakat menua, menuntut keseimbangan pembangunan serta kualiti hidup.

Walaupun berlaku penurunan 10.3 peratus unit rumah tidak terjual pada 2024, keperluan perumahan masih mendesak dengan anggaran 783,000 unit baharu diperlukan menjelang 2040 untuk menampung 2.35 juta penduduk di WPKL.