Siren amaran serangan udara kedengaran beberapa kali di Tel Aviv, Baitulmaqdis dan kawasan tengah Israel susulan serangan peluru berpandu Iran. Serangan itu dilaporkan mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang di Israel. Dalam masa sama, Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas Iran yang menurut Tehran telah mengorbankan lebih 1,300 orang awam serta memusnahkan ribuan kediaman dan kemudahan awam.