Reezal sambut baik hasrat Khairy sertai Agenda Rumah Bangsa
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, menyifatkan pengumuman Khairy Jamaluddin untuk menyertai agenda Rumah Bangsa sebagai satu sinar baharu buat UMNO. Beliau turut menyatakan bahawa keputusan itu pasti menggembirakan arwah bapa mertua Khairy, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pengumuman Khairy dibuat menerusi siri audio siar Keluar Sekejap, selepas Presiden UMNO membuka pintu penyatuan tanpa syarat kepada bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung.