Polis terima laporan berhubung dakwaan fitnah terhadap MAIS
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dalam kenyataan berkata pengadu mendakwa kandungan video tersebut merupakan fitnah kerana mengandungi tuduhan rasuah serta penggunaan imuniti istana yang dilihat sengaja dibuat bagi menjejaskan imej MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).