Skip to main content

Advertisement

SPRM harap kerajaan tonjol ketegasan perangi rasuah

SPRM harap kerajaan tonjol ketegasan perangi rasuah

Pembentangan Belanjawan 2026 pada Jumaat ini diharap akan menonjolkan ketegasan kerajaan dalam menangani isu integriti, rasuah dan pemerkasaan peranan agensi penguat kuasa di seluruh negara.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ketegasan itu penting bagi memastikan semua agensi dapat bergerak secara bersama dalam membanteras rasuah dan ketirisan wang negara.