Skip to main content

Advertisement

Rumusan hari pertama delegasi Malaysia ke Washington

Rumusan hari pertama delegasi Malaysia ke Washington

Beberapa negara Asia telah memulakan kunjungan rasmi ke Washington bagi mengadakan sesi rundingan dengan Amerika Syarikat berhubung isu tarif perdagangan.

Delegasi Malaysia diketuai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, yang mengetuai perbincangan strategik dalam usaha melindungi kepentingan eksport negara.

Wartawan Astro AWANI, Syaf Shukri, kini berada di Washington bagi membuat liputan eksklusif bersama delegasi Malaysia.