Skip to main content

Dunia

Iran benarkan kapal Filipina lalu Selat Hormuz dengan selamat, tanpa halangan

A UAE navy ship sails next to a cargo ship in the Strait of Hormuz as seen from Khor Fakkan, United Arab Emirates, Wednesday, March 11, 2026. (AP Photo/Altaf Qadri)
Sekatan di Selat Hormuz telah mengejutkan pasaran tenaga dengan kenaikan harga minyak dan bahan api sekali gus mendorong kerajaan untuk melaksanakan langkah penjimatan. - AP

MANILA: Iran akan membenarkan kapal, sumber tenaga dan semua pelaut Filipina melalui Selat Hormuz dengan "selamat, tanpa halangan dan segera" kata diplomat tertingginya kepada Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) pada Khamis.

Menurut Agensi Berita Filipina (PNA), jaminan itu dibuat semasa panggilan telefon antara Setiausaha Hal Ehwal Luar Ma. Theresa Lazaro dengan Menteri Luar Iran Seyed Abbas Araghchi. 

Menurut DFA, perkembangan itu sangat penting untuk Filipina, kerana ia bukan sahaja menjamin keselamatan pelaut Filipina yang beroperasi di kawasan itu tetapi "juga membantu memastikan keselamatan tenaga untuk negara."

“Memandangkan Filipina mengimport sebahagian besar keperluan tenaganya dari Asia Barat, jaminan dari Iran ini akan melancarkan penghantaran yang stabil bagi bekalan minyak dan baja penting ke Filipina,” katanya.

Kedua-dua menteri luar negeri, menurut DFA, mengesahkan komitmen mereka untuk "meneruskan hubungan yang sangat baik dan mencapai keamanan melalui dialog serta diplomasi berterusan."

Panggilan itu dibuat selepas Presiden Ferdinand R. Marcos Jr. mengarahkan DFA untuk memulakan rundingan dengan Tehran bagi memastikan laluan selamat kapal-kapal yang menuju ke Filipina melalui Selat Hormuz.

Sekatan di perairan itu telah mengejutkan pasaran tenaga dengan kenaikan harga minyak dan bahan api sekali gus mendorong kerajaan untuk melaksanakan langkah penjimatan.

Minggu lepas, Marcos mengisytiharkan darurat tenaga negara untuk menangani gangguan bekalan bahan api dan menstabilkan sektor tenaga negara.

-- BERNAMA-PNA

Must Watch Video