Masjid al-Aqsa dibuka semula selepas 40 hari ditutup
Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis dibuka semula Khamis ini, membuka peluang kepada umat Islam menunaikan solat Subuh berjemaah selepas 40 hari sekatan ketat oleh pihak berkuasa Israel. Ratusan jemaah Palestin memanfaatkan detik bersejarah ini untuk kembali beribadah di tanah suci.