Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Lima sektor berpotensi tinggi dalam separuh kedua 2025

Lima sektor berpotensi tinggi dalam separuh kedua 2025

Lima sektor utama dijangka menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi separuh kedua 2025. Menurut Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, pertumbuhan ini dipacu oleh dasar kerajaan yang progresif, perubahan dalam struktur permintaan pengguna, serta perkembangan teknologi global yang pesat.