Aliran dana asing lebih berstruktur: RM904 juta masuk Bursa Malaysia
Aliran dana asing ke Bursa Malaysia menunjukkan perubahan yang lebih berstruktur. Setakat 22 Januari 2026, daripada 15 hari dagangan, pelabur asing muncul sebagai pembeli bersih dalam 10 hari dengan aliran masuk terkumpul RM904 juta mencerminkan peralihan daripada pendekatan tunggu dan lihat kepada pembinaan posisi yang lebih tersusun.
Kupasan bersama Pengarah, Strategi Pelaburan dan Ekonomi, IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan: faktor pendorong perubahan ini, sama ada ia didorong asas domestik atau putaran dana global, serta strategi pelabur tempatan memanfaatkan momentum pasaran.