Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

AWANI Pagi: Jamu | Warisan tradisi atau alternatif moden?

AWANI Pagi: Jamu | Warisan tradisi atau alternatif moden?

Amalan pengambilan jamu telah lama menjadi sebahagian daripada warisan kesihatan masyarakat Nusantara, khususnya dalam penjagaan kesihatan wanita dan kesejahteraan tubuh badan secara holistik. Namun, perubahan gaya hidup moden, kemajuan perubatan serta lambakan produk kesihatan di pasaran kini mencetuskan persoalan tentang kedudukan sebenar jamu dalam landskap kesihatan masa kini.

Dalam Awani Pagi kali ini, bersama Pengarah Pusat Perubatan Tradisional & Komplementari UTAR Dr Te Kian Keong kami mengupas topik “Jamu: Warisan Tradisi atau Alternatif Moden?” bagi membincangkan peranan jamu sebagai amalan tradisional, isu keselamatan dan keberkesanan, keperluan kajian saintifik serta potensi jamu untuk diintegrasikan secara selamat sebagai pelengkap kepada rawatan perubatan moden.