AWANI Pagi: Meta platforms didenda, adakah platform digital kini berbahaya?
Syarikat teknologi gergasi Meta Platforms didenda USD375 juta selepas didapati gagal melindungi kanak-kanak daripada eksploitasi dan bahaya di platform seperti Facebook dan Instagram. Kes ini membuka perbincangan global tentang keselamatan remaja, reka bentuk platform yang bersifat ketagihan, serta tanggungjawab syarikat teknologi dalam melindungi pengguna muda. Perbincangan ini mengupas implikasi kes tersebut dan apa yang perlu diketahui oleh ibu bapa serta masyarakat.