Pembukaan sekolah bermula 15 Julai 2020 untuk Tahun 5 dan 6 serta 22 Julai untuk Tahun 1 hingga Tahun 4 agak berbeza dengan suasana sebelum ini. Pematuhan SOP pembukaan sekolah yang ditetapkan oleh KPM telah merubah normal kehidupan terutama murid sekolah rendah. Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel SK Duyong, Melaka Nur Qaisarah Aqilah Mohd Nazrul-Izwan,12, bersama-sama mematuhi SOP yang ditetapkan untuk menjamin selamat dari segi keselamatan dan kesihatan. Pematuhan SOP ini diharapkan kita akan dapat membendung penularan wabak Covid 19 yang melanda seluruh dunia.