Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi Komunikasi dan C2 Malaysia

Sapura, Aselsan jalin kerjasama strategik majukan teknologi Komunikasi dan C2 Malaysia

Sapura Secured Technologies (Sapura) dan syarikat berpangkalan di Turkiye, Aselsan A.S. (Aselsan) telah mewujudkan kerjasama strategik untuk memajukan keupayaan teknologi komunikasi dan kawalan & arahan (C2) Malaysia di bawah program dua hala Malaysia-Turkiye.

Sapura dalam satu kenyataan media berkata, kerjasama penting itu dijangka memacu inovasi teknologi dan kerjasama ekonomi dalam sektor pertahanan dan keselamatan awam.