Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

'Salam, cium tangan menteri tidak rendahkan pegawai ATM' - Adly

'Salam, cium tangan menteri tidak rendahkan pegawai ATM' - Adly

Tindakan kepimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberi salam hormat kepada menteri termasuk tunduk atau mencium tangan, tidak wajar ditafsir sebagai merendahkan martabat institusi pertahanan negara.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari menegaskan perkara itu sebagai maklum balas terhadap pandangan Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor yang mempersoal tindakan kepimpinan ATM ‘mencium tangan menteri’, dengan menyatakan perbuatan sedemikian perlu dihentikan.