Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Nafas baharu Pagalungan, dari sungai ke laluan darat

Nafas baharu Pagalungan, dari sungai ke laluan darat

Dahulu, perjalanan ke kawasan pedalaman Pagalungan dan Pensiangan mengambil masa berhari-hari sehingga penduduk terpaksa bermalam di Salung, sebelum meneruskan perjalanan menggunakan bot melalui Sungai Logongon.

Namun kini, projek naik taraf jalan raya dan peningkatan akses komunikasi membawa perubahan ketara, menjadikan perjalanan lebih lancar dan selamat.

Untuk melihat sendiri kesannya kepada penduduk, kita bersama Khalis Khadir yang menelusuri kawasan pedalaman bagi meninjau hasil projek naik taraf ini.