Laporan bedah siasat Nur Izzati ambil sedikit masa
Laporan bedah siasat ke atas Nur Izzati Humaira Azizul, 19, yang ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tersesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa, Hulu Selangor bulan lalu, dijangka mengambil sedikit masa untuk disiapkan berikutan keadaan jasad mangsa yang hanya ditemukan selepas tiga hari.