16 penunggang motosikal termasuk pelajar sekolah ditahan
Seramai 16 penunggang motosikal termasuk seorang pelajar tingkatan empat ditahan dalam Ops Khas Bersepadu Motosikal di Jalan Paya Luboh, Tangga Batu, Melaka awal pagi Ahad (5 April).
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka Superintenden Muhammad Zaki Ramat berkata kesemua mereka ditahan kerana melakukan aksi berbahaya seperti memecut, zig-zag serta mencelah kenderaan lain di atas jalan raya dalam operasi bermula 2 hingga 5 pagi.