Skip to main content

Hiburan

M Nasir, Marlia Musa terbit teater muzikal sulung, cari bakat baharu untuk watak Liu

[TB]_poster Mencari Liu_Luncai Emas
Sesi uji bakat terbuka akan bermula pada jam 3 petang, 15 Mei. - Foto Luncai Emas

KUALA LUMPUR: Seniman tersohor, Datuk M Nasir bersama isterinya, Datin Marlia Musa, bakal melakar sejarah baharu dalam dunia seni pentas apabila buat julung kali menerbitkan teater muzikal sulung mereka berjudul Mansur & Liu.

Bagi merealisasikan pementasan tersebut, sesi ujibakat terbuka ‘M Nasir Mencari Liu’ akan berlangsung pada 15 dan 16 Mei ini di Club Chinois, LG Floor, JW Marriott Hotel Kuala Lumpur, Jalan Bukit Bintang.

Ujibakat berkenaan bertujuan mencari individu berbakat untuk membawakan watak Liu, yang digambarkan memiliki kelembutan gerak tari, kebijaksanaan pertuturan serta suara lunak.

Menurut Marlia, produksi itu memberi peluang kepada bakat baharu untuk menyerlah dalam teater muzikal pertama terbitan mereka.

“Ini adalah teater muzikal pertama kami. Telah kami mendengar suara, melihat lakonan dan gerak tari sebelum ini.

“Oleh yang demikian, mahu kami melihat ia menjadi nyata dengan bakat-bakat baharu pada pementasan ini nanti,” katanya.

Sesi uji bakat terbuka akan bermula pada jam 3 petang, 15 Mei, manakala calon yang berjaya akan dipanggil semula keesokan harinya, 16 Mei, bagi fasa seterusnya bermula jam 2 petang.

Penganjuran ini dijangka membuka ruang kepada penggiat seni baharu untuk berganding bersama karya besar M Nasir dalam sebuah produksi yang menggabungkan elemen muzik, lakonan dan teater.

Calon yang berminat boleh mengisi borang penyertaan menerusi pautan https://forms.gle/TzDe8oV1s2X3Q8MTA yang disediakan penganjur.

 

Must Watch Video