KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Bella Astillah kini sah bergelar tunang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dalam satu majlis yang berlangsung pada jam 3.30 petang di Locarasa Bamboo Hills.
Dalam majlis tersebut, Bella tampil anggun mengenakan busana berwarna biru cair yang ditaja oleh Jakel, menyerlahkan lagi suasana penuh elegan dan sederhana.
Istiadat menyarung cincin disempurnakan oleh ibu kepada Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, yang menyarungkan cincin sebagai simbol rasmi pertunangan pasangan berkenaan.
Ahli Parlimen Muar itu, tiba sekitar jam 3.40 petang sebagai satu kejutan, menambah lagi elemen istimewa dalam majlis berkenaan.
Majlis tersebut menandakan satu lagi fasa penting dalam hubungan pasangan itu selepas sekian lama menjadi perhatian umum, sekali gus mengesahkan spekulasi yang berlegar dalam kalangan peminat dan netizen sebelum ini.
Suasana majlis berlangsung dalam penuh tertib dan sederhana, dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.